Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi
cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri
yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak
berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis
perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di
premis berkenaan menutup aurat.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan, seorang gadis yang
bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah
didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena
denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni
pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat
mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis
perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas
dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,
takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke
dalam neraka... "
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh
sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari
tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la
hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak
akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik,
kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat
gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup
senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin
awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak
lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua
jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia
terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara
macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,
orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi
orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua
orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh
dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di
syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang
terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita
nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."
rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana
kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha
Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang
derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa
awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad
kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk
berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya,
sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati
segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum.
"
--
www.website.ws/arshadayub
